Pekerja kebun durian ditemui mati dengan tiga kesan tikaman

Seorang pekerja kebun durian ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman. Foto PDRM
Seorang pekerja kebun durian ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman. Foto PDRM
A
A
A

KULIM - Seorang pekerja kebun durian warga Myanmar ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Jalan Kulim - Junjong pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian yang berlaku dalam kebun durian itu dilaporkan pada 9 pagi keesokan hari.

Menurutnya, mangsa berusia 36 tahun dipercayai tinggal bersama dua lagi rakan senegara di sebuah pondok atas bukit dalam kebun berkenaan.

"Mangsa ditemui terbaring di tepi pondok berdekatan lereng bukit dengan tiga kesan tikaman objek tajam di bahagian belakang badan.

"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam, Ahad, disyaki diserang oleh dua rakan senegaranya yang tinggal bersama dan kini menghilangkan diri," katanya.

Mangsa ditemui terbaring di tepi pondok berdekatan lereng bukit dengan tiga kesan tikaman objek tajam di bahagian belakang badan. Foto PDRM
Mangsa ditemui terbaring di tepi pondok berdekatan lereng bukit dengan tiga kesan tikaman objek tajam di bahagian belakang badan. Foto PDRM

Jelas beliau, sehingga kini, polis masih lagi menjalankan risikan dan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis meminta kerjasama orang ramai membantu dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes ini.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mohd Fakruzi Ismail di talian 019-7204939," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!