Lelaki parah kemalangan kereta dan treler

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa daripada kereta Proton Wira berkenaan. Foto BBP Johor Jaya
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa daripada kereta Proton Wira berkenaan. Foto BBP Johor Jaya
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Batu 14 ½, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika pemandu lori treler terbabit dalam perjalanan dari batu 14 ½ menghala ke Bandar Tiram.

“Ketika lori treler terbabit membelok ke kanan simpang, sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak dan telah merempuh bahagian tengah lori treler tersebut.

“Akibatnya, pemandu kereta terbabit yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HIS) bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu dan merbahaya.

Sementara itu insiden kemalangan itu turut tular di aplikasi X dengan memaparkan dua video berdurasi 1 minit 39 saat dan satu video lagi berdurasi 9 saat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!