Modric sambung khidmat di Real Madrid
TONGGAK tengah Croatia, Luka Modric melanjutkan khidmat selama setahun bersama juara Sepanyol, Real Madrid di Stadium Bernabeu hingga 2025, kata kelab LaLiga itu.
Pemenang Ballon d'Or berusia 38 tahun itu pada 2018 memenangi Liga Juara-Juara keenam serta gelaran LaLiga keempat bersama Real musim lalu.
Kontrak Modric sebelum ini berakhir pada penghujung musim 2023/24 tetapi memberitahu penyokong-penyokong akan kembali musim depan ketika mereka meraikan kejayaan Liga Juara-Juara yang melebarkan rekod Real kepada 15 Piala Eropah.
Sebagai rekod tiada pemain yang memenangi lebih banyak gelaran bersama Real Madrid selain Modric, yang telah menjulang 26 trofi sejak menyertai kelab gergasi dunia berkenaan pada 2012.
Pemain veteran itu sebelum dijangka bersara, terutamanya selepas rakan karib di sektor tengah, Toni Kroos, berusia 34 tahun mengumumkan persaraan pada penghujung musim.
Modric juga tidak bercadang menggantung but di pentas antarabangsa walaupun Croatia tersingkir awal Euro Jerman 2024 yang berakhir baru-baru ini, di mana tersingkir peringkat kumpulan.
"Saya ingin terus bermain selama-lamanya tetapi mungkin akan tiba masa untuk meletakkan but di tempat sepatutnya.
"Saya akan terus bermain dan bermain tetapi saya tidak tahu berapa lama lagi...," kata Modric yang mempunyai 178 penampilan bersama Croatia.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!