'Lima hari hilang, Muffin akhirnya balik rumah' - Rafizi
PUTRAJAYA - Kucing kesayangan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah kembali semula ke rumahnya di Presint 10 di sini pada pagi Khamis selepas lima hari hilang.
Rafizi memaklumkan berita gembira itu selepas kucing yang diberi Muffin itu tidak pulang ke rumah sejak 13 Julai lalu.
“Muffin dah balik dengan sendiri pagi ni. Ada sedikit kecederaan, mungkin masa dia terjun dari bumbung,” tulisnya menerusi hantaran di X pada Khamis.
Beliau berkata, kemungkinan kecederaan yang dialaminya Muffin disebabkan kucingnya itu suka panjat pagar untuk naik ke bumbung.
“Semuanya dalam keadaan baik, tetapi dia agak ketakutan selepas hilang selama lima hari.
“Terima kasih kepada semua yang berdoa,” katanya
Beliau sebelum ini memuat naik video memohon agar penduduk sekitar Presint 10 yang ternampak kucing oren putih berkenaan supaya menghubunginya.
Rafizi berkata, kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!