Parti SEDAR sah tanding, PRK Nenggiri tiga penjuru

Parti Sedar Rakyat (SEDAR) sah akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini sekali gus menyaksikan mereka akan bersaing dengan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Parti Sedar Rakyat (SEDAR) sah akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini sekali gus menyaksikan mereka akan bersaing dengan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
A
A
A

KOTA BHARU - Parti Sedar Rakyat (SEDAR) sah akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini sekali gus menyaksikan mereka akan bersaing dengan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Othman Abdillah berkata, calon yang akan mewakili parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita akan tampilkan anak tempatan di kawasan berkenaan sebagai calon," katanya kepada pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, pada masa sama pihaknya mahu menjadikan PRK Nenggiri sebagai tapak memperkenalkan parti sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ujarnya, walaupun ditubuhkan di Sarawak, SEDAR sudah mulai bertapak di semanjung Malaysia dan mempunyai 15,000 orang ahli seluruh negara.

Othman berkata, beliau yakin SEDAR mampu memikat hati penduduk dan tujuan parti itu bertanding untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Jika dipilih, kami akan mengemukakan dasar-dasar yang fokus kepada segala aspek peningkatan penghidupan harian penduduk kawasan.

"SEDAR akan memantau dengan rapi kecekapan serta ketelusan setiap agensi kerajaan negeri dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan. Jika wujud penyelewengan dan bukti, kita akan dedahkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!