Imigresen dalam proses kenal pasti status tanah jadi penempatan haram

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebuah kawasan seluas 2,700 meter persegi di Taman Bandar Senawang yang dahulunya menjadi tempat tinggal pekerja warga asing yang bekerja di tapak projek di situ kini dipercayai dijadikan lokasi penempatan haram mereka.

A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan masih dalam proses mengenal pasti status tanah yang dijadikan kawasan penempatan haram warga asing di Taman Bandar Senawang di sini yang diserbu pihaknya, pada Rabu.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, kertas siasatan telah pun dibuka dan pihaknya akan melihat daripada pelbagai sudut termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam serbuan itu.

"Pegawai penyiasat akan mula mengambil keterangan daripada PATI yang ditahan pada Khamis.

"Dari situ kita baru tahu sebenarnya berapa lama lokasi penempatan itu telah wujud," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sementara itu, Ai Kiang berkata, pihaknya akan terus melakukan operasi penguatkuasaan termasuk memantau lokasi penempatan haram seumpama itu di negeri ini.

Katanya, orang ramai dan majikan diingatkan tidak melindungi PATI atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebuah kawasan seluas 2,700 meter persegi di Taman Bandar Senawang yang dahulunya menjadi tempat tinggal pekerja warga asing yang bekerja di tapak projek di situ kini dipercayai dijadikan lokasi penempatan haram mereka.

Lokasi yang dikelilingi hutan dan berpaya itu dikatakan turut menyediakan 'penginapan' kepada kelompok mereka yang tiada tempat tinggal dengan mengenakan bayaran RM50 semalam.

Artikel Berkaitan:

Dalam serbuan dilakukan, seramai 69 warga asing diperiksa dan 11 daripadanya merupakan PATI ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa.

Kesemua mereka merupakan warga Indonesia dan Bangladesh berusia antara 24 tahun hingga 60 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!