Ahli keluarga Nur Farah Kartini tiba bagi tuntutan jenazah

Beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini pada Khamis.
Beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli keluarga Nur Farah Kartini kira-kira jam 11.12 pagi itu bagi urusan tuntutan jenazah Allahyarham.

Turut kelihatan van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai akan membawa jenazah arwah untuk dikebumikan.

Sementara itu, abang arwah, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, berkata, jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.

"Jenazah kemudiannya akan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan.

"Butiran berkaitan akan saya sampaikan nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis

Sebelum ini, difahamkan urusan berkenaan dijangka dilakukan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibu mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Media pada Selasa melaporkan proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada jam 6.10 petang.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah ditahan dan direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!