16 maut, mangsa terperangkap diselamatkan dalam kebakaran gudang

No Image Caption
A
A
A

CHENGDU - Operasi menyelamat di lokasi kebakaran gedung serbaneka di Bandar Zigong, Wilayah Sichuan, barat daya China, selesai pada 3 pagi Khamis, menurut ibu pejabat bomba dan penyelamat tempatan.

Seramai 16 orang maut dan tiada lagi individu yang terperangkap.

Kebakaran di bangunan 14 tingkat itu yang terletak di zon teknologi tinggi di bandar berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 6 petang Rabu, dengan kepulan asap tebal di lokasi kejadian.

Menurut siasatan awal, kebakaran berpunca daripada kerja-kerja pembinaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!