Cavan Sullivan pemain termuda beraksi di MLS

Cavan Sullivan (kanan) membuat debut pertama bersama skuad senior Philadelphia Union pada Khamis. - Foto Agensi
Cavan Sullivan (kanan) membuat debut pertama bersama skuad senior Philadelphia Union pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

REMAJA Amerika Syarikat (AS) berusia 14 tahun dan 293 hari, Cavan Sullivan menjadi pemain termuda dalam sejarah beraksi di Liga Bolasepak Utama (MLS).

Cavan dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-85 ketika kelabnya, Philadelphia Union menentang New England Revolutin di Stadium Subaru Park pada Khamis.

Lebih menarik, Cavan membuat kemunculan pertama selepas abangnya, Quinn menjaringkan gol kelima Philadelphia dalam kemenangan 5-1 kelab itu di laman sendiri.

Cavan Sullivan dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-85. Foto: Agensi
Cavan Sullivan dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-85. Foto: Agensi

Penampilan Cavan sekali gus memecahkan rekod dipegang bekas pemain antarabangsa AS, Freddy Adu yang memulakan debutnya buat DC United pada April 2004 ketika berusia 14 tahun dan 306 hari.

Beraksi di posisi tengah, Cavan akan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai Manchester City pada 2027 apabila usianya genap 18 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!