PRK Nenggiri: KPDN Kelantan ingatkan peniaga jangan ambil kesempatan

Azman
Azman
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sepanjang musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak lama lagi.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, KPDN Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang dikesan berbuat demikian kerana tindakan itu jelas melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Sebagai persediaan, kita telah meningkatkan pemantauan terhadap harga barang untuk mengelakkan peniaga menaikkan harga semasa PRK Nenggiri.

"Tindakan penguatkuasaan juga telah dipertingkatkan bagi memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Azman berkata, KPDN Kelantan mengingatkan orang ramai supaya terus membuat laporan bersama-sama dengan bukti jika wujud pelanggaran.

Tambah beliau, langkah itu bagi memudahkan KPDN mengambil tindakan selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya akan memastikan bekalan bahan bakar sepanjang tempoh PRK Nenggiri mencukupi.

"Langkah-langkah tertentu akan diambil sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk memastikan bekalan yang mencukupi bagi pengundi dan masyarakat tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 akan dilakukan jika wujud pelanggaran," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!