Tujuh lori diubah suai 'curi' diesel ditahan

Seorang petugas memeriksa sebuah lori dipercayai telah menjalani proses pengubahsuaian bagi tujuan menyeleweng diesel bersubsidi semasa pemeriksaan bersepadu oleh JPJ Selangor bersama pihak KPDN di depoh simpanan kenderaan (KPDN), Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu. Foto JPJ.

A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor melakukan pemeriksaan bersepadu bersama pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab disyaki menyeleweng diesel bersubsidi.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, dalam aktiviti pemeriksaan yang dilakukan itu, sebanyak tujuh buah lori telah diubah suai untuk menyeleweng bahan bersubsidi diesel ditahan

Beliau berkata, operasi tersebut telah dilaksanakan oleh Pegawai daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Selangor bersama penglibatan pegawai daripada KPDN di depoh simpanan kenderaan (KPDN).

"Pemeriksaan bertujuan membantu pihak KPDN dalam membuat siasatan terhadap kenderaan yang disyaki telah diubahsuai bagi tujuan mencuri bahan api diesel bersubsidi.

Proses pengubahsuaian dilakukan ke atas sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk tujuan mencuri diesel bersubsidi. Foto JPJ.
Proses pengubahsuaian dilakukan ke atas sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk tujuan mencuri diesel bersubsidi. Foto JPJ.

"Operasi pemeriksaan tersebut melibatkan dua buah lori jenis prime mover (PGU), dua buah lori jenis tangki semi trailer serta tiga buah lori jenis luton kotak," katanya pada Khamis.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat elemen pengubahsuaian terhadap tangki bahan api kenderaan yang melibatkan pemasangan saluran dari tangki bahan api kenderaan PGU terus ke tangki utama lori tangki semi trailer.

Sementara itu, katanya, elemen pengubahsuaian terhadap kenderaan lori luton kotak dikesan dengan penambahan hos dari tangki utama kenderaan ke tangki jenis IBC di bahagian ruang barangan kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tangki jenis IBC digunakan bagi mengisi diesel bersubsidi yang dipercayai diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab. Foto JPJ.
Tangki jenis IBC digunakan bagi mengisi diesel bersubsidi yang dipercayai diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab. Foto JPJ.

Tegas beliau, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan.

Tambahnya lagi, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang ramai boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!