Terengganu Bertadabbur Siri II anjuran MAIDAM dihadiri 500 peserta

YANG DIPERTUA MAIDAM, Datuk Shaikh Harun (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama pembentang dan peserta selepas merasmikan program berkenaan.
YANG DIPERTUA MAIDAM, Datuk Shaikh Harun (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama pembentang dan peserta selepas merasmikan program berkenaan.
A
A
A

DALAM usaha melahirkan masyarakat yang berinteraksi dengan al-Quran, Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menganjurkan program Terengganu Bertadabbur Siri II di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada Isnin.

Program selama sehari itu dirasmikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan dihadiri 500 peserta pelbagai latar belakang termasuk pelajar, pendidik dan masyarakat awam.

USTAZ FAZRUL FAHMEE ketika menyampaikan pembentangan mengenai surah al-Jumu'ah dalam program Terengganu Bertadabbur Siri II pada Isnin.
USTAZ FAZRUL FAHMEE ketika menyampaikan pembentangan mengenai surah al-Jumu'ah dalam program Terengganu Bertadabbur Siri II pada Isnin.

Yayasan Pendidikan MAIDAM dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan program tersebut bertujuan untuk menjadikan al-Quran sebagai prinsip kehidupan harian selain menyemat nilai-nilai insaniah dalam diri masyarakat.

“Program membawa tema surah al-Jumu’ah itu menawarkan panduan kepada cabaran dalam kehidupan sosial yang dihadapi umat Islam.

“Surah al-Jumu’ah juga menggariskan betapa pentingnya keseimbangan dan kesederhanaan pada individu dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, Terengga Bertadabbur Siri II menterjemahkan salah satu fungsi Yayasan Pendidikan MAIDAM dalam menguruskan Dana Sumbangan Pendidikan bagi mencapai objektif mempromosikan pembangunan pendidikan kepada masyarakat khususnya di Terengganu.

Artikel Berkaitan:

TERENGGANU BERTADABBUR SIRI II anjuran Yayasan Pendidikan MAIDAM di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dihadiri 500 peserta pelbagai latar belakang pada Isnin.
TERENGGANU BERTADABBUR SIRI II anjuran Yayasan Pendidikan MAIDAM di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dihadiri 500 peserta pelbagai latar belakang pada Isnin.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran panel jemputan, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Fazrul Fahmee Ismail dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Pihaknya berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan jaringan bersama rakan-rakan strategik dapat dipergiatkan.

“Penerapan amalan membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran diharap berupaya menjadi inspirasi untuk umat Islam mencapai kejayaan serta kecemerlangan di dunia dan akhirat.

USTAZ TARMIZI ketika menyampaikan pembentangan mengenai surah al-Jumu'ah dalam program Terengganu Bertadabbur Siri II pada Isnin.
USTAZ TARMIZI ketika menyampaikan pembentangan mengenai surah al-Jumu'ah dalam program Terengganu Bertadabbur Siri II pada Isnin.

“Yayasan Pendidikan MAIDAM turut berharap program ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai murni dalam agama seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!