Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung eratkan silaturahim

Tuan Bujang Raja Gamoyang Sutan Muhammad Thoriq (dua dari kanan) yang hadir mewakili Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung Darul Qarar, Sultan Muhammad Farid Thaib Tuanku Abdul Fatah.
Tuan Bujang Raja Gamoyang Sutan Muhammad Thoriq (dua dari kanan) yang hadir mewakili Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung Darul Qarar, Sultan Muhammad Farid Thaib Tuanku Abdul Fatah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 140 masyarakat Minangkabau menyertai Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung bersama Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Minangkabau Pagaruyung Darul Qoror dan Tuan Gadih Pagaruyung bagi mengeratkan silaturahim.

Yang Dipertuan Gadih Pagaruyung, Putri Reno Raudhatuljannah Thaib berkata, perjumpaan rasmi itu merupakan kali pertama yang mengumpulkan sembilan kelompok.

Putri Reno Raudhatuljannah
Putri Reno Raudhatuljannah

"Mereka yang hadir pada malam ini (Rabu) dari berlainan negeri merangkumi masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Selangor dan Perak.

"Saya teruja dan sambutan sangat luar biasa. Mungkin selepas ini boleh dijadikan buku tentang hubungkait Pagaruyung dengan semua yang hadir agar cucu cicit kita tidak tercari-cari pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian ketika majlis makan malam itu berlangsung di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Tuan Bujang Raja Gamoyang Sutan Muhammad Thoriq mewakili Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung Darul Qarar, Sultan Muhammad Farid Thaib Tuanku Abdul Fatah.

Aznil Nawawi
Aznil Nawawi

Dalam pada itu, selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi melahirkan rasa terharu apabila berpeluang menghadirkan diri pada majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Perjumpaan seperti ini sangat bagus, ia dapat menaikkan martabat masyarakat Minangkabau di mana kami juga mempunyai keturunan diraja.

Tetamu yang hadir pada majlis Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Tetamu yang hadir pada majlis Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

"Cuma pada mulanya saya fikir semua yang hadir akan bercakap bahasa Minangkabau tetapi rupanya tidak. Ibu bapa saya tidak pernah bertutur menggunakan bahasa Minang biarpun berasal dari Bukit Tinggi, Indonesia. Saya hanya mendengar percakapan orang sekeliling sewaktu kecil dan boleh menguasainya walaupun tidak banyak.

"Alhamdulillah, saya juga merebut peluang hadir malam ini untuk memberitahu ramai orang berdarah minang sebenarnya telah diangkat menjadi orang penting di negara ini. Kita harus bangga kerana masyarakat Minangkabau turut berperanan besar di negara ini," katanya.



Muhammad Nasir Hamzah
Muhammad Nasir Hamzah

Sementara itu, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pertemuan demikian penting bagi mengenali susur galur diraja dalam masyarakat Minangkabau.

Ujar beliau, ia juga bagi menjalinkan kembali silaturahim antara masyarakat tersebut bagi memperkukuhkan hubungan sesama kelompok yang ada.

"Perjumpaan seperti ini juga merupakan sebahagian daripada agenda Kumpulan Karangkraf itu sendiri yang sentiasa mengangkat penyatuan budaya dan ummah," katanya.

Mereka yang hadir pada majlis Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Mereka yang hadir pada majlis Makan Barapak Dunsanak Kesultanan Pagaruyung di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!