Hadkan tempoh Ketua Pesuruhjaya SPRM 5 tahun - Bersih

Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika menjadi panel Forum Khas bertajuk 'Reformasi SPRM: Apa Yang Perlu'
Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika menjadi panel Forum Khas bertajuk 'Reformasi SPRM: Apa Yang Perlu'
A
A
A

SHAH ALAM - Tempoh perkhidmatan Pengerusi atau Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dihadkan kepada lima tahun.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, syarat tersebut perlu dilaksanakan kerana jawatan yang besar dalam SPRM tidak boleh dipegang terlalu lama oleh seseorang individu susulan mudah terdedah dengan risiko besar.

Katanya, menerusi laporan yang dibuat Bersih, syarat had itu tidak boleh diperbaharui dan perlu diganti dengan orang lain.

"Had tempoh perkhidmatan itu adalah salah satu cadangan yang dibuat Bersih bagi menjamin kebebasan dan akauntabiliti SPRM.

"Dalam masa sama, setiap lantikan jawatan itu perlu ada pemantauan oleh badan yang berkenaan," katanya

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Khas bertajuk 'Reformasi SPRM: Apa Yang Perlu' dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, pada Khamis.

Antara panel yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Pushpan Murugiah.

Ditanya sejauh mana pemindahan kuasa lantikan atau pemecatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawainya dapat menjamin kebebasan, beliau berkata, sebab itu pihaknya mencadangkan lantikan itu dibuat oleh suruhanjaya bebas dan tidak lagi tertakluk dengan mana-mana jabatan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suruhanjaya ini akan bertanggungjawab dengan isu-isu yang berkaitan dengan rasuah.

"Bila sebut suruhanjaya khas ini, ia boleh menjawab isu berkaitan SRPM yang mana dilihat mengamalkan perkhidmatan terbuka. Ditukar ke mana-mana jabatan dan ini menjadi isu apabila tidak ada kebebasan dan pengerusi SPRM dianggap sebagai penjawat awam sama dengan status lain.

"Jadi pokoknya, apabila kita sebut suruhanjaya khas ini, ia bertanggungjawab untuk menentukan pengerusi yang mengepalai SPRM," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!