Laksana kawalan dalaman menyeluruh jika mahu kekal HRD Corp - Radzi

Radzi Jidin
Radzi Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu kawalan dalaman yang lengkap dan menyeluruh terhadap fungsi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) perlu dilakukan segera sekiranya kerajaan masih mahu mengekalkan kewujudan agensi tersebut.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) berkata, banyak kelemahan HRD Corp disebutkan dengan jelas dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu diberi perhatian memandangkan dana hasil bayaran levi oleh syarikat-syarikat akan meningkat dari tahun ke tahun.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat kunci perniagaan dan kawalan dalaman setiap apa yang dilakukan HRD Corp pada masa akan datang.

"Sekiranya kerajaan ingin meneruskan kewujudan HRD Corp ini, maka perlu buat satu pelan komprehensif meneliti di mana kelemahan dalam sistem dalaman ini.

"Isu utama berkaitan levi yang digunakan untuk pelaburan. Sama ada berisiko atau tidak,mendatangkan hasil atau tak, kita boleh baca dalam laporan PAC.

"Disebabkan pelaburan dibuat guna wang awam, maka risiko kepada pengurusan jauh lebih rendah.

"Pelaburan menggunakan levi, keuntungan pergi kepada siapa? beri balik? atau HRD Corp simpan? jadi perkara ini perlu dilihat secara lebih menyeluruh," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan penerangan Pengerusi PAC berhubung Isu Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp.

Pada masa sama, beliau menggesa agar PAC mengambil langkah ke hadapan dengan berbanding

Artikel Berkaitan:

"Kes HRD Corp ini adalah perkara yang telah berlaku. Sama dengan kes 1MDB. Sebab itu saya nak cadangkan (teliti) isu penjualan 30 peratus blok Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat asing.

"Pastikan perkara itu dibuat dengan tatacara yang betul...lihat sekarang supaya kerajaan tak teruskan penjualan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!