Perjalanan Ajinomoto mencapai kelestarian global

No Image Caption
A
A
A

Sejak penubuhannya pada 1909, Kumpulan Ajinomoto terus berusaha menangani isu sosial global merentasi rangkaian nilai dan sentiasa mencari jalan penyelesaian menerusi pelbagai portfolio perniagaan dengan menumpukan pada inovasi asid amino.

Ditubuhkan pada 1961, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah berkembang sebagai pengeluar makanan dan perisa yang dinamik serta memasarkan pelbagai jenama terkemuka yang dipercayai rakyat Malaysia selama berdekad.

Perencah Umami AJINO-MOTO® Umami keluaran syarikat terkemuka itu kini sudah menjadi antara bahan penting dalam setiap isi rumah.

AMB terus komited membangunkan perniagaan yang berteraskan kelestarian sebagai nadi operasi syarikat mereka. Strategi kelestarian AMB adalah berpandukan Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mencipta nilai sosial dan ekonomi bersama dengan pihak berkepentingan dalam mencapai matlamat “Eat Well, Live Well”.

Pendekatan berkenaan ialah menumpukan kepada menyumbang kesejahteraan manusia, masyarakat dan bumi ini dengan mempromosi kesihatan, kehidupan dan persekitaran yang lebih lestari.

No Image Caption

Pendekatan AMB terhadap nutrisi Nutrition Without Compromise menjadi pemacu utama syarikat ini. AMB sasar untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan lebih sihat dengan mempromosi makanan berkhasiat yang sedap, mudah didapati, dan menghormati cara hidup dan budaya tempatan.

Sepanjang perjalanan AMB, beberapa siri inisiatif kesihatan telah dilaksanakan seperti kempen Smart Salt untuk mempromosi usaha mengurangkan pengambilan garam dalam kalangan masyarakat, menerusi program di lapangan, pemasaran digital, lawatan kilang, aktiviti kulinari, dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Projek sukan sekolah Sports Nutrition Awareness Project turut dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap nutrisi dan memupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan atlet murid demi mencapai prestasi tertinggi mereka dalam sukan.

No Image Caption

AMB juga turut bekerjasama dengan persatuan saintifik dan pihak berkuasa untuk memupuk komuniti sihat dengan menyertai Program Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) setiap tahun.

Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan rakan perniagaan dalam pengeluaran makanan untuk mempromosi pemilihan makanan yang lebih sihat menerusi produk industri AMB.

Mempromosi kelestarian persekitaran

AMB selaku warga korporat yang bertanggungjawab terus berusaha menerapkan amalan terbaik dalam operasi perniagaan kami untuk meminimumkan kesan terhadap persekitaran, menyumbang kepada komuniti setempat dan melibatkan diri bersama pihak berkepentingan secara beretika.

No Image Caption

Tonggak persekitaran tersebut menekankan kepentingan melindungi dan memulihara sumber asli, dan menggalakkan operasi berteraskan inisiatif memelihara alam sekitar seperti mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), mempromosi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menuju ke arah SIFAR sisa plastik dalam operasi kilang mereka yang menerima penarafan ‘Perak’ dalam Indeks Bangunan Hijau (GBI) Malaysia.

AMB berpendirian tegas untuk terus mempertingkatkan amalan kelestarian, mewujudkan sifat hormat yang mendalam kepada orang ramai, masyarakat dan bumi disamping berkembang secara kukuh sebagai sebuah entiti perniagaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!