Azharina reda tidak sempat tatap wajah terakhir bapa

Azharina Azhar
Azharina Azhar
A
A
A

PENYANYI bersuara lunak, Azharina Azhar berkongsi khabar duka mengenai pemergian bapa tercinta, Azhar MY Ahmad, 59, pada jam 1.59 petang tadi.

Menurut Azharina atau mesra di sapa dengan panggilan Nina, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah dan akan dibawa ke Masjid Likas Kota Kinabalu untuk pengurusan jenazah.

"Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah Nina," tulisnya ringkas yang kini berada di Padang, Indonesia atas urusan kerja.

Dalam pada itu, adik Azharina, Adriana memaklumkan, bapa mereka mengalami serangan jantung semalam dan terus dikejarkan ke hospital.

Gambar kenangan Nina bersama arwah bapa ketika menjuarai Gegar Vaganza.
Gambar kenangan Nina bersama arwah bapa ketika menjuarai Gegar Vaganza.

Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, doktor memaklumkan kebanyakan organ dalam sudah tidak berfungsi dan Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Nina dimaklumkan mengenai abah sebaik dia tiba di Padang. Dia sudah membeli tiket penerbangan pulang yang dijangka berlepas malam ini.

"Tetapi abah sudah pergi dulu. Jadi Nina minta kami uruskan abah segera dan tak perlu tunggu dia tiba di Kota Kinabalu," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, bapa Azharina kerap dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) berikutan masalah jantung. Bahkan, pernah melakukan pembedahan jantung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!