WITC jadikan Malaysia negara pelancongan Islam terkemuka

Khairul Firdaus (tengah) melancarkan gimik perasmian WITC kali keempat di Sunway Resort Hotel pada Khamis.
Khairul Firdaus (tengah) melancarkan gimik perasmian WITC kali keempat di Sunway Resort Hotel pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Penganjuran Persidangan Pelancongan Islam Dunia (WITC) kali keempat adalah strategik dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pelancongan Islam terkemuka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, peningkatan perhatian daripada pihak berkepentingan global yang ingin mengetahui perkembangan pelancongan Islam mendorong Pusat Pelancongan Islam (ITC) mengadakan sesi dialog itu.

Menurutnya, WITC pada tahun ini bertemakan ‘Menjalin Sambungan’ dan bertujuan mengumpulkan figura hebat merentasi industri untuk memperkukuh Malaysia sebagai tempat rujukan antarabangsa bagi pelancongan Islam.

“Permintaan terhadap produk mesra Muslim dan perkhidmatan juga semakin berkembang.

"Oleh itu, adalah tepat pada masanya untuk mempertimbangkan hal berkenaan landskap pelancongan baharu.

“Penganjuran WITC tahun ini sebagai platform mencetuskan pemikiran baharu tentang pengembara Islam dan cara pemain industri memenangi hati serta fikiran pelancong Muslim, di samping memastikan pelancong bukan Islam tidak berasa terasing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran WITC kali keempat bersama media di Sunway Resirt Hotel pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Khairul Firdaus
Khairul Firdaus

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus yang juga ahli Parlimen Batu Sapi memberitahu, perbincangan WITC kali keempat dibahagikan kepada empat topik antaranya ‘Memahami Pelancong Islam’, ‘Perjalanan dan Komuniti mesra Muslim’, ‘Pertumbuhan dan Peluang’ serta ‘Inklusiviti’.

Jelas beliau, sesi berkenaan akan menangani isu persefahaman bersama, kerjasama ekonomi, pertukaran budaya, inovasi dan kemampanan antara yang lain.

“WITC kali keempat akan meneruskan tradisi dengan menampilkan pakar tempatan dan antarabangsa pakar bagi membincangkan topik yang disenaraikan.

“Ini merupakan peluang yang terbaik untuk memperkukuh rangkaian, pertukaran pengetahuan dan memupuk kerjasama serta mengekalkan pembangunan sektor Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH),” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin berkata, WITC berfungsi sebagai persidangan kepimpinan pemikiran berkongsi pandangan, menumpu idea dan mengemudi masa depan pelancongan Islam yang mampan.

Nizran
Nizran

“Selain itu, persidangan itu bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk inisiatif Hab Transit Umrah Malaysia, pelan induk yang saksama dari segi sosioekonomi yang memberi manfaat kepada Malaysia dan semua negara yang terlibat.

“Inisiatif ini akan menekankan pengaruh Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim terkemuka di rantau ini dan komitmennya untuk menegakkan amalan pelancongan mampan dan meningkatkan pertukaran budaya merentas sempadan,” tambah Nizran.

WITC kali keempat akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2024 di Sunway Resort Hotel dengan menampilkan lebih lima orang ahli panel bagi membicarakan hal peancongan Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!