Jenazah Nur Farah Kartini selamat disemadikan

Salah seorang ahli keluarga Nur Farah Kartini menyiram air selepas bacaan talkin berakhir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-NORAWAZNI YUSOF
Salah seorang ahli keluarga Nur Farah Kartini menyiram air selepas bacaan talkin berakhir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-NORAWAZNI YUSOF
A
A
A

PEKAN - Jenazah mangsa kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini pada Khamis.

Upacara pengebumian Allahyarham yang berasal dari Miri, Sarawak dan merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu selesai pada jam 5.20 petang.

Terdahulu, jasad Nur Farah Kartini dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 2.05 petang dan tiba tanah perkuburan di sini, kira-kira jam 5 petang.

Ratusan penduduk tempatan dan kenalan arwah termasuk kakitangan UPSI hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindutrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Berdasarkan rekod, proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada jam 6.10 petang Selasa.

Talkin dibaca selepas upacara pengebumian jasad Nor Farah Kartini selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis.Foto Sinar Harian-NORAWAZNI YUSOF
Talkin dibaca selepas upacara pengebumian jasad Nor Farah Kartini selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis.Foto Sinar Harian-NORAWAZNI YUSOF

Urusan tuntutan jenazah Nur Farah Kartini dilakukan selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihak polis, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari hingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!