Terengganu tampil barisan terkuat gegar Selangor

Pemain Terengganu giat menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor FC di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Bernama
Pemain Terengganu giat menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor FC di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Bernama
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) akan menurunkan barisan terkuatnya bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat dalam memburu bekalan selesa bagi aksi timbal balik kedua.

Malah pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner berkemungkinan besar akan mengekalkan skuad sama yang beraksi pada perlawanan suku akhir menentang Sabah FC di Stadium Likas 6 Julai lalu.

Katanya, semua pemain skuad Penyu sudah bersedia sepenuhnya untuk memperagakan aksi terbaik di hadapan penyokong Peteh Ganu Peteh di laman sendiri.

"Kemungkinan kita akan turunkan pasukan yang sama untuk perlawanan besar menentang Selangor.

"Pemain kami beraksi dengan baik ketika bertemu Sabah sebelum ini. Jadi sukar untuk diubah.

"Saya percaya dengan sokongan penonton, kita boleh menang perlawanan esok," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak.

Pada masa sama, Steinbruckner juga menjangkakan skuad Penyu akan berdepan tentangan sengit dan agresif dari anak buah Nidzam Jamil.

Katanya, The Red Giants tetap berbahaya biarpun bakal tanpa kelibat Yohandry Orozco dan Rediq Banihani yang digantung selepas dilayangkan kad merah pada aksi suku akhir menentang Kuching City FC, 7 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

“Ya, itu memberi kelebihan kepada kami. Tetapi Selangor... mereka ada bukan hanya 11 pemain yang baik.

“Jadi, saya mahu pasukan fokus pada kekuatan kami esok...bukan kepada pasukan lawan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!