Kakitangan LZS diberi kesedaran cegah rasuah

Ceramah diberikan pegawai SPRM kepada peserta terdiri kakitangan LZS serta rakan strategik.
Ceramah diberikan pegawai SPRM kepada peserta terdiri kakitangan LZS serta rakan strategik.
A
A
A

SHAH ALAM - Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) diberikan kesedaran pencegahan rasuah melalui ceramah khas Akta 694 yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Program berlangsung pada Selasa itu diadakan secara fizikal dan atas talian melibatkan warga kerja LZS dari Baitus Salam, Bait Al-Mawaddah, Bait Al-Hasanah, Baitul Hikmah, Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) dan ibu pejabat.

Turut terlibat, peserta luar terdiri daripada penghuni Baitus Salam, Ibu dan Ayah Bait Al-Mawaddah serta vendor-vendor.

LZS menerusi kemas kini di Facebook berkata, program itu bagi memberikan kesedaran membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

"Insya-ALLAH, hasil daripada perkongsian ini, diharap kesemua peserta akan lebih peka dan cakna serta berintegriti dalam setiap amanah yang diberikan," menurut perkongsian di Facebook.

Program itu telah dirasmikan oleh Penyelia Jabatan Pengurusan Risiko, Integriti dan Keselamatan Siber LZS, Muhammad 'Izzat Mohamed Ismail.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!