Netizen tersentuh cara pekerja pembersihan selamatkan kucing sesat

Video tular memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang sedang sibuk menyapu jalan bertindak mengangkat kucing sesat itu lalu diletakkan ke atas bahunya.
Video tular memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang sedang sibuk menyapu jalan bertindak mengangkat kucing sesat itu lalu diletakkan ke atas bahunya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sikap penyayang dipamerkan seorang pekerja pembersihan terhadap kucing jalanan menuai pujian dalam kalangan pengguna media sosial.

Video berkenaan tular baru-baru ini memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang sedang sibuk menyapu jalan bertindak mengangkat kucing sesat itu lalu diletakkan ke atas bahunya.

Perbuatan itu dilakukan bagi mengelak kucing tersebut dilanggar kenderaan di jalan yang sibuk.

Video berdurasi kurang 20 saat itu telah mendapat lebih tiga juta tanda suka dengan lebih 17,000 komen pengguna media sosial.

Lokasi kejadian difahamkan di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur dirakam oleh seorang pengguna yang kebetulan menggunakan jalan berkenaan.

Antara komen ditinggalkan pengguna media sosial termasuk tidak menyangka kucing tersebut diselamatkan dengan cara tersebut.

"Aku overthinking (terlebih berfikir) ingat dia nak campak," komen Chaeya.

"Macam tu je kucing tu duduk atas bahu," komen Kitun18 pula.

Artikel Berkaitan:

Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kebaikan itu diberikan balasan setimpal.

"Alhamdulillah terima kasih insan baik. Semoga dalam rahmat-Nya," komen NurAbdullah.

"Terima kasih pak cik, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk pak cik," kata Eiza_qaseh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!