Gempur PATI awal pagi di Klang

Antara warga asing yang dibawa ke IPD Klang Selatan untuk proses dokumentasi pada Khamis.
Antara warga asing yang dibawa ke IPD Klang Selatan untuk proses dokumentasi pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Kawasan di sekitar Jalan Johan Setia dan Pulau Indah di sini, yang dihuni pendatang asing tanpa izin (PATI) digempur besar-besaran pada Khamis.

Operasi Bersepadu bermula jam 3.30 pagi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Tanah Klang, Majlis Bandaraya Diraja Klang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, seramai 317 individu telah diperiksa sepanjang operasi ini.

Operasi Bersepadu melaksanakan serbuan di sekitar Jalan Johan Setia dan Pulau Indah, Klang, bagi mengesan PATI.
Operasi Bersepadu melaksanakan serbuan di sekitar Jalan Johan Setia dan Pulau Indah, Klang, bagi mengesan PATI.

Menurutnya, hasil pemeriksaan bertindak menahan 72 PATI termasuk 15 wanita.

"Mereka terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, Indonesia, Pakistan, Bangladesh serta Afrika.

"Semakan mendapati PATI ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah sebelum diserahkan kepada pihak JIM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi ini dijalankan susulan aduan awam selain peningkatan kes jenayah melibatkan warga asing di daerah Klang Selatan.

Artikel Berkaitan:

Hoong Fong memantau proses dokumentasi warga asing yang dilaksanakan di IPD Klang Selatan pada Khamis.
Hoong Fong memantau proses dokumentasi warga asing yang dilaksanakan di IPD Klang Selatan pada Khamis.

Tambahnya, polis akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan ketenteraman awam dan memastikan tahap keselamatan penduduk setempat terjamin dengan melaksanakan operasi terancang sebegini.

"Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan operasi.

"Polis menasihatkan orang awam untuk terus salurkan maklumat sebarang kejadian jenayah kepada balai polis berhampiran atau hubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!