Ahli keluarga reda, terima hakikat pemergian Nur Farah Kartini

Mohd Farriza Amir (depan, dua dari kanan) bersama ibu serta ahli keluarga menahan sebak selepas selesai urusan pengebumian jenazah Nur Farah Kartini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.
Mohd Farriza Amir (depan, dua dari kanan) bersama ibu serta ahli keluarga menahan sebak selepas selesai urusan pengebumian jenazah Nur Farah Kartini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Ahli keluarga kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, kelihatan hiba selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.

Abang kepada Nur Farah Kartini, Mohd Farriza Amir, 28, bersama ibu dan ahli keluarganya berkumpul di tepi pusara sebagai kenangan terakhir.

Mereka dilihat berpelukan dan menitiskan air mata, namun reda dengan pemergian Nur Farah Kartini selepas ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang pada 11 Julai lalu.

Mohd Farriza berkata, seluruh ahli keluarga bersyukur kerana urusan pengebumian arwah adiknya berjalan lancar dan dipermudahkan serta memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

“Kita bersyukur sudah sampai sini dan pengebumian pun sudah selesai. Kita bersyukur sangat.

“Saya minta doakan adik saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya selepas ditemui pemberita selepas selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis.

Mohd Nizar (kanan) bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini selepas upacara pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini pada Khamis
Mohd Nizar (kanan) bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini selepas upacara pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini pada Khamis

Menjawab lokasi pengebumian Allahyarham Nur Farah Kartini di Pekan, Mohd Farriza menjelaskan ia bagi memudahkan urusan pengebumian.

Artikel Berkaitan:

Pengebumian Allahyarham yang berasal dari Miri, Sarawak dan merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu selesai kira-kira jam 5.20 petang.

Terdahulu, jasad Nur Farah dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada jam 2.05 petang dan tiba tanah perkuburan di sini, kira-kira jam 5 petang.

Orang ramai dilihat mula bersurai di tanah perkuburan itu kira-kira jam 6 petang.

Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga di mana sekitar 400 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan serta penduduk

Hadir sama wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Mohd Farriza Amir bersyukur urusan pengebumian jenazah adiknya lancar dan dipermudahkan.
Mohd Farriza Amir bersyukur urusan pengebumian jenazah adiknya lancar dan dipermudahkan.

Berdasarkan rekod, proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada Selasa jam 6.10 petang.

Urusan tuntutan jenazah Nur Farah Kartini dilakukan selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihak polis, pada Khamis.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!