Tiga anggota polis antara enam ditahan kes kehilangan kerosin

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kehilangan bahan api itu pada 15 Julai.

Beliau berkata, susulan laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah.

"Siasatan yang dijalankan membawa kepada siri tangkapan ke atas enam lelaki berumur antara 31 dan 55 tahun sehari kemudian.

"Pihak polis mengesahkan tiga daripada enam tangkapan merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di Pangkalan Udara Semenanjung PDRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Hussein berkata, kesemua suspek direman antara dua hingga tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!