Juruteknik maut rempuh belakang lori tangki

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh belakang sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kilometer 454.2 Sungai Buloh pada Khamis.
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang dipercayai merempuh belakang sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kilometer 454.2 Sungai Buloh pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Seorang juruteknik maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori tangki dalam kejadian di Kilometer 454.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya sebelum itu menerusi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima maklumat berkaitan kemalangan terbabit pada jam 2.30 petang.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, lori tangki berkenaan berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.

"Mangsa seorang lelaki tempatan yang menunggang motosikal dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tangki itu sebelum tercampak atas jalan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, kejadian mengakibatkan mangsa berumur 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat pelanggaran berkenaan sebelum disahkan maut.

Mangsa berumur 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa berumur 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemandu lori tangki yang merupakan lelaki tempatan berumur 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!