Vieira tidak lagi bersama Strasbourg

Vieira. Foto Agensi
Vieira. Foto Agensi
A
A
A

KELAB Ligue 1 Perancis, RC Strasbourg Alsace mengumumkan bahawa Patrick Vieira bukan lagi pengendali Les Bleu et Blanc.

Kelab milik BlueCo menegaskan bahawa keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan pemenang Piala Dunia 1998 Perancis telah dipersetujui bersama.

Bagaimanapun media tempatan difahamkan bahawa Strasbourg memecat bekas legenda Arsenal berkenaan apabila dia tidak lagi mengikut projek kelab itu.

Malah Vieira didakwa secara peribadi mengkritik projek tersebut mengenai beberapa perkara seperti ciri-ciri pemain kelab dan komposisi kakitangan teknikal.

Sebagai rekod, Vieira menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Strasbourg pada musim lalu dengan hasrat memulakan era BlueCo di kelab itu akhirnya menamatkan musim Ligue 1 2023/24 di kedudukan ke-13.

Dalam pada itu, Strasbourg mengakui komitmen Vieira sepanjang bersama di kelab menekankan kepada aspek kesempurnaan.

“Memang, dalam musim peralihan, Patrick dapat membantu bakat muda berkembang dan sentiasa mempamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi dalam dan luar padang,” ujar kelab yang memaklumkan bahawa pengendali baharu akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!