Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM

Yusoff (kiri) bersama Pan-gon semasa sidang media pada Isnin lalu.
Yusoff (kiri) bersama Pan-gon semasa sidang media pada Isnin lalu.
A
A
A

SUMBANGAN Kim Pan-gon dalam memajukan Harimau Malaya menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melepaskan pengendali Korea Selatan berdasarkan faktor tersebut biarpun masih berbaki kontrak sehingga Disember 2025.

Malah jelas Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun termasuk membawa Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas 43 tahun.

“Berdasarkan amalan kebiasaan setiap majikan dan pekerja terikat dengan kontrak yang perlu dipatuhi serta diikuti kedua-dua pihak.

Majikan yang membatalkan kontrak atau memberhentikan pekerja perlu bayar pampasan begitu juga sebaliknya berdasarkan undang-undang pekerjaan.

“Cuma dalam isu Pan-gon dan FAM, kedua-dua pihak berpisah secara baik selain FAM melihat sumbangan meningkatkan kualiti Harimau Malaya sepanjang tempoh dua tahun setengah.

Laporan Sukan Sinar pada Selasa.
Laporan Sukan Sinar pada Selasa.

“Dan sekali lagi saya tegaskan peletakan jawatan Pan-gon, mendapat persetujuan bersama tanpa sebarang perkara berbangkit. Kita hormati keputusannya dan juga melihat sumbangannya kepada Harimau Malaya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan Pan-gon perlu bayar pampasan lebih RM3 juta kepada FAM kerana pelanggaran kontrak sebanyak 17 bulan.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, FAM mengesahkan Pan-gon membuat keputusan untuk meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta kerana komitmen peribadi.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya kini akan dikendali sementara penolong ketua jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente sambil dibantu seorang lagi penolong ketua jurulatih, E Elavarasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!