Gudang, rumah simpan barang kosmetik tiruan diserbu

KPDN serbu sebuah rumah di Rawang dan merampas barang kosmetik disyaki tiruan, 4 Julai lalu.
KPDN serbu sebuah rumah di Rawang dan merampas barang kosmetik disyaki tiruan, 4 Julai lalu.
A
A
A

RAWANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas barang kosmetik bernilai RM25,946 disyaki tiruan hasil serbuan sebuah gudang dan rumah di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, serbuan bermula kira-kira jam 3 petang bersama wakil cap dagang pada 4 Julai lalu telah menuju ke lokasi pertama iaitu sebuah gudang simpanan pelbagai jenis barang di Bukit Rawang Jaya.

Katanya, KPDN Selangor telah berjumpa dengan seorang pekerja premis terbabit sebelum pemeriksaan dibuat.

KPDN serbu sebuah rumah di Rawang dan merampas barang kosmetik disyaki tiruan, 4 Julai lalu.
KPDN serbu sebuah rumah di Rawang dan merampas barang kosmetik disyaki tiruan, 4 Julai lalu.

"Pemeriksaan menemui 13 unit barang kosmetik disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM403 sebelum keterangan pekerja terbabit direkodkan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah Mohd Khairi, pada hari sama, pasukan operasi seterusnya bergerak ke lokasi kedua iaitu sebuah rumah di Taman Scientex Rawang.

KPDN rampas barang kosmetik bernilai RM25,946 disyaki tiruan hasil serbuan sebuah gudang dan rumah di Rawang.
KPDN rampas barang kosmetik bernilai RM25,946 disyaki tiruan hasil serbuan sebuah gudang dan rumah di Rawang.

Katanya, selepas menerangkan tujuan kehadiran kepada seorang lelaki yang juga pekerja di kediaman terbabit, KPDN Selangor telah merampas 700 unit barang kosmetik disyaki tiruan bernilai RM25,543.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati rumah kediaman itu dijadikan tempat mengumpul, menyimpan dan menghantar pelbagai barangan yang dibeli oleh pembeli," ujarnya.

Jelasnya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Stor Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Raja, Selangor.

Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!