200kg hasil laut dirampas, tekong dan krew warga Vietnam ditahan

Lima kru termasuk tekong di tahan dalam Maritim Pahang pada Rabu lalu. Sebidang pukat di atas bot yang tidak dibenarkan penggunaannya bagi bot jenis kail mengail. Foto Maritim Pahang
Lima kru termasuk tekong di tahan dalam Maritim Pahang pada Rabu lalu. Sebidang pukat di atas bot yang tidak dibenarkan penggunaannya bagi bot jenis kail mengail. Foto Maritim Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 200 kilogram (kg) hasil laut dirampas susulan penahanan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang menggunakan pukat yang tidak dilesenkan pada Rabu lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot terbabit ditahan ketika sedang bersauh di kedudukan 17 batu nautika timur Kuala Pahang semasa rondaan Ops Makmur dan Ops Tiris oleh bot ronda Maritim Malaysia.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit dikendalikan seorang tekong dan lima kru warga Vietnam berusia antara 35 hingga 46 tahun..

"Mereka ini tidak mempunyai dokumen permit kerja dan pendaftaran lesen bot. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebidang pukat di atas bot yang tidak dibenarkan penggunaannya bagi bot jenis kail mengail.

"Susulan itu, bot, tekong dan kru serta hasil perikanan yang dianggarkan sebanyak 200 kg dibawa ke jeti Pos Maritim Teluk Gading serta diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mazlan berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menjalankan aktiviti perikanan menggunakan sebidang pukat yang tidak dilesenkan bagi bot jenis kail mengail.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan 999.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!