Pekerja kedai makan miliki bahan kumpulan Daesh didakwa

Tertuduh dikawal rapi ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, pada Jumaat.
Tertuduh dikawal rapi ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pekerja kedai makan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh pada Jun lepas.

Tertuduh, Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki item-item berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbit miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di 1,521 Sungai Dua, Butterworth jam 9.35 pagi pada 23 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menetapkan 19 Ogos depan untuk perbicaraan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu tertuduh tiba di Mahkamah Butterworth pada jam 8.45 pagi dikawal ketat anggota polis bersenjata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!