Lelaki rugi lebih RM165,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Mangsa telah melakukan 20 transaksi ke beberapa akaun bank tempatan pada Jun hingga Julai 2024 berjumlah RM165, 757.90 - Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
Mangsa telah melakukan 20 transaksi ke beberapa akaun bank tempatan pada Jun hingga Julai 2024 berjumlah RM165, 757.90 - Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM165,000 setelah menjadi mangsa pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada Jun lalu apabila lelaki berkenaan dilaporkan tertarik dengan iklan pelaburan secara dalam talian di media sosial.

Menurutnya, mangsa telah berurusan dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya wakil daripada syarikat pelaburan terbabit termasuk memberikan penerangan mengenai pakej pelaburan yang menjanjikan keuntungan lapan peratus daripada modal pelaburan.

"Setelah mendaftar, mangsa telah melakukan 20 transaksi ke beberapa akaun bank tempatan pada Jun hingga Julai 2024 berjumlah RM165, 757.90.

"Apabila mangsa melihat aplikasi pelaburan terdapat keuntungan sebanyak RM400,000, namun mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan tersebut dan diminta untuk membuat pembayaran,"katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya mengesyaki telah ditipu sebelum membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!