Guru lelaki direman bantu kes amang seksual

Suspek (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Melaka, pada Jumaat.
Suspek (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Melaka, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Seorang guru lelaki direman selama lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan melakukan kes amang seksual fizikal dengan cara memeluk seorang pelajar perempuan pada minggu lalu.

Suspek berusia 46 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Perintah reman terhadap suspek sehingga Selasa ini dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin.

Sumber berkata, pengadu merupakan pelajar berusia 16 tahun mendakwa insiden itu berlaku ketika mangsa balik dari rawatan klinik panel kira-kira jam 12 tengah hari pada 11 Julai lalu.

Katanya, semasa tiba di sekolah, suspek telah menyuruh pengadu berehat di bilik sakit dan kemudian mengunci pintu bilik sebelum duduk di sebelah pengadu.

"Suspek memberitahu mahu mengambil gambarnya sambil memeluk mangsa dan mengulangi perbuatan itu ketika mangsa baring di katil.

"Pengadu yang ketakutan kemudian memberi alasan mahu ke tandas dan telah berjumpa rakan sekolahnya lalu menceritakan kejadian yang menimpa dirinya," katanya.

Difahamkan suspek ditahan ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira jam 3.15 petang Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!