[VIDEO] Tiga lelaki langgar kereta polis direman tujuh hari

A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki yang terlibat dalam insiden melanggar kenderaan polis serta hampir mencederakan pegawai polis yang bertugas di Jalan 17, Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada Khamis direman selama tujuh hari bermula Jumaat.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Johor Bahru, Chan Lee Lee.

Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam insiden pada tengah hari Khamis itu, ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 45 tahun itu, didapati telah memandu secara melulu hingga melanggar kenderaan polis dan hampir mencederakan pegawai polis bertugas.

Ketiga-tiga lelaki terbabit tiba ke Mahkamah pada Jumaat dan direman selama tujuh hari.
Ketiga-tiga lelaki terbabit tiba ke Mahkamah pada Jumaat dan direman selama tujuh hari.

Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi tujuan mempertahankan diri sebelum ketiga-tiga mereka berjaya ditahan.

Hasil siasatan mendapati, ketiga-tiga lelaki terbabit mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian saringan awal air kencing turut mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Polis kini giat mengesan seorang lagi suspek berusia 25 tahun yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Afzan Musa melalui talian 07-3871422.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!