Hanya 23 peratus kemuka bantahan nilaian baharu MBSJ

Hanya 23 peratus pemilik hartanah di kawasan pentadbiran MBSJ telah mengemukakan bantahan senarai nilaian baharu. Gambar hiasan
Hanya 23 peratus pemilik hartanah di kawasan pentadbiran MBSJ telah mengemukakan bantahan senarai nilaian baharu. Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Hanya 23 peratus pemilik hartanah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengemukakan bantahan senarai nilaian baharu.

Bahagian Komunikasi Korporat MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengedar sebanyak 326,646 notis bagi memaklumkan senarai nilaian baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Menurutnya, sehingga 15 Julai lalu, sebanyak 2,492 jumlah bantahan secara dalam talian telah diterima.

Kenyataan media senarai nilaian baharu MBSJ.
Kenyataan media senarai nilaian baharu MBSJ.

"Kawasan Subang Jaya dan USJ mencatat jumlah tertinggi sebanyak 751 bantahan diikuti Bandar Putra Permai dengan 574 dan Puchong 402.

"Ia diikuti Kinrara 301 bantahan, Seri Kembangan (210), Putra Heights (145) dan Subang Hi-Tech (109)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemilik hartanah boleh terus mengemukakan bantahan melalui laman web MBSJ atau pautan https://bantahan.mbsj.gov.my selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Ujarnya, bantahan dikemukakan oleh pemilik harta ini akan disemak bermula berdasarkan alasan bantahan yang dinyatakan dalam Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bermula 16 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

"Alasan bantahan yang dikemukakan oleh pemilik harta akan disiasat dengan teliti dan didengar dalam Mesyuarat Pendengaran Bantahan," katanya.

MBSJ turut memaklumkan, kaunter semakan senarai nilaian baharu dibuka sehingga 2 Ogos bertempat di Laman Kenanga, Aras 1, MBSJ Persiaran Perpaduan.

Sebarang pertanyaan berkenaan senarai nilaian baharu MBSJ boleh menghubungi

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBSJ di talian 03-80263115, 03-80264345, 03-80267428 dan 03-80264340.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!