Dua kapal tangki terbakar berhampiran Pedra Branca
SINGAPURA - Satu misi menyelamat sedang dijalankan susulan kebakaran di atas dua kapal tangki kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca dalam Kawasan Pencarian dan Penyelamatan Maritim Singapura.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan berkata, mereka telah dimaklumkan mengenai insiden melibatkan kapal tangki yang didaftarkan di Singapura, Hafnia Nile dan kapal tangki yang didaftarkan di São Tomé dan Príncipe, Ceres 1, pada kira-kira 6.15 pagi Jumaat.
Sebuah kapal Tentera Laut Republik Singapura, RSS Supreme, yang berada berhampiran lokasi kejadian, sedang memberikan bantuan.
MHA berkata sebuah helikopter Tentera Udara Republik Singapura juga telah dihantar dan membantu dalam pemindahan anak kapal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!