Istiadat pertabalan: Agong sertai ribuan jemaah dengar khutbah Jumaat khas

Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah Jumaat khas bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Masjid Negara. Foto Bernama
Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah Jumaat khas bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Masjid Negara. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang mengenakan baju Melayu Teluk Belanga rona biru Tiffany, iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda, pada 1.10 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Menteri Komunikasi, Fadmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Yang di-Pertuan Agong juga berkenan bersama-sama lebih 1,000 jemaah mendengar khutbah Jumaat khas sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda esok bertajuk ‘Raja Ditaati, Negara Dirahmati’ yang disampaikan Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Sultan Ibrahim berkenan bersama-sama lebih 1,000 jemaah mendengar khutbah Jumaat khas sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda esok. Foto Bernama
Sultan Ibrahim berkenan bersama-sama lebih 1,000 jemaah mendengar khutbah Jumaat khas sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda esok. Foto Bernama

Khutbah berkenaan antaranya menyeru rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menunaikan taklifan Seri Paduka Baginda yang sangat besar, selaras dengan ikrar Rukun Negara.

Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula semalam dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara.

Selain itu, esok (20 Julai) akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, manakala Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenaan berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai.

Artikel Berkaitan:

Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai sebelum acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!