Karnival kokurikulum cungkil potensi pelajar

Muhammad Nasir (empat dari kanan) bergambar bersama warga SK Bukit Jawa 2 pada Jumaat.
Muhammad Nasir (empat dari kanan) bergambar bersama warga SK Bukit Jawa 2 pada Jumaat.
A
A
A

PASIR PUTEH - Penganjuran karnival kokurikulum menjadi platfom terbaik dalam mencungkil potensi pelajar.

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pada masa sama ia boleh digilap seterusnya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya sambut baik usaha ini dan ia dapat dilihat apabila pelajar memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan program ini.

"Insya-ALLAH dengan kesungguhan ini, mungkin suatu hari nanti kita dapat melihat lebih ramai jaguh kokurikulum dilahirkan," katanya semasa merasmikan Karnival Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di sini pada Jumaat.

Muhammad Nasir (kiri) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Noor Azizah semasa hadir merasmikan Karnival Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Pasir Puteh pada Jumaat.
Muhammad Nasir (kiri) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Noor Azizah semasa hadir merasmikan Karnival Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Pasir Puteh pada Jumaat.

Hadir sama ialah Guru Besar, Noor Azizah Harun dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Wan Azmi Wan Mohamad.

Menurut beliau, golongan ibu bapa diharap dapat memberikan sokongan dengan berpandukan kepada kecenderungan akedemik anak-anak.

Ujarnya, sungguh pun begitu para pelajar diingatkan supaya tidak mengabaikan pelajaran.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Nasir (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama pertandingan mewarna.
Muhammad Nasir (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama pertandingan mewarna.

Muhammad Nasir memberitahu, keseimbangan antara akademik dan kokurikulum mampu menjadikan generasi akan datang lebih berdaya saing.

"Kalau mereka minat sukan, jangan halang (sukan), tapi dengan akademik mesti diutamakan. Kita tengok zaman sekarang, orang bersukan pun kaya.

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir pada Karnival Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Pasir Puteh pada Jumaat.
Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir pada Karnival Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Pasir Puteh pada Jumaat.

"Lihat sahaja, pemain tenis dunia, badminton, bola sepak dan sebagainya boleh kaya melalui sukan. Namun harus ingat sukan ada had umur.

"Bila pencen sukan, tak ada kelulusan akademik hendak bekerja pun payah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!