Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pakai t-shirt oren undang persepsi buruk kepada OKT SPRM

19 Julai 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Walaupun belum didapati bersalah oleh mahkamah, Orang Kena Tuduh (OKT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakaian serba oren sering dilabel perspektif buruk iaitu 'sudah bersalah' oleh masyarakat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara, Senator Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah, satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih tertib perlu dibuat iaitu selagi seseorang belum didapati bersalah, siasatan perlu dirahsiakan agar OKT tidak terus 'dihukum' sebelum masanya.

Arman berkata demikian dalam Forum Khas bertajuk 'Reformasi SPRM: Apa Yang Perlu' pada Khamis.

#BeritaSemasa #SinarHarian #SPRM #Bersih #RasuahBusters