Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan negara
WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara rasmi menerima pencalonan Parti Republikan sebagai calon presiden dalam ucapan pertamanya selepas terselamat daripada cubaan membunuh.
"Malam ini, dengan kepercayaan dan kesetiaan, saya dengan bangganya menerima pencalonan anda sebagai presiden Amerika Syarikat," kata Trump dalam ucapan di Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, seperti dipetik oleh Agensi Anadolu (AA) pada Khamis.
"Saya bertanding untuk menjadi presiden untuk seluruh Amerika, bukan separuh Amerika, kerana tiada kemenangan dalam memenangi separuh Amerika," katanya.
Seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun melepaskan tembakan ke arah Trump semasa perhimpunan kempen, mengenai telinga kanannya dan mencederakan dua hadirin secara kritikal serta membunuh seorang lagi.
Pihak berkuasa belum menentukan motif cubaan pembunuhan itu. Mereka mengenal pasti suspek penembak sebagai Thomas Matthew Crooks. - Bernama- Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!