Kereta jadi stor simpan dadah

Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Taktik sindiket sorok dan simpan dadah ekstasi dan pil eramin 5 dalam kereta di tempat parkir sebuah apartmen di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, terbongkar menerusi serbuan polis, pada Rabu.

Serbuan yang dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya memberkas enam lelaki secara berasingan bermula jam 5.50 petang.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek pertama ditahan di hadapan pos pengawal pangsapuri di Telok Panglima Garang.

Katanya, dengan dipandu arah suspek membawa ke tempat letak kenderaan di pangsapuri berkenaan sebelum menemui sebuah kereta jenis Nissan Teana yang disyaki dijadikan tempat simpan dadah.

Antara barang yang disita polis dalam serbuan sindiket dadah di sekitar Selangor, pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Antara barang yang disita polis dalam serbuan sindiket dadah di sekitar Selangor, pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Pemeriksaan menjumpai 44 kilogram (kg) pik ekstasi dan 3.55 kg pil eramin 5 seberat 17,750 kg.

"Soal siasat kemudian membawa serbuan unit pangsapuri terbabit dan menjumpai kira-kira 2 kg dadah jenis syabu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.

Beliau berkata, nilai dadah dianggarkan berjumlah RM7.8 juta.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ujarnya, bertindak hasil maklumat, lima suspek lain termasuk pemilik Nissan Teana terbabit berjaya diberkas di beberapa lokasi di sekitar Selangor.

Antara kenderaan yang disita polis dalam serbuan sindiket dadah di sekitar Selangor, pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Antara kenderaan yang disita polis dalam serbuan sindiket dadah di sekitar Selangor, pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Tambah Kok Chin, operasi ini telah menyita aset milik sindiket bernilai RM530,806 membabitkan wang tunai, barang kemas serta sembilan kenderaan antaranya Ford Ranger, Honda City, Toyota Vios dan Nissan Teana.

Dedah beliau, sindiket yang aktif sejak awal tahun ini dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran sebelum diedar di sekitar Lembah Klang.

"Siasatan diteruskan untuk mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas selain aset untuk tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Kesemua suspek kini direman lima hari untuk sehingga 22 Julai untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!