Jual telur mahal lebih 60 sen sepapan, pembekal kena tindakan

Penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis pembekal telur di sini selepas dikesan menjual telur ayam gred C melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan.
Penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis pembekal telur di sini selepas dikesan menjual telur ayam gred C melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang mengambil tindakan ke atas sebuah premis pembekal telur di sini selepas dikesan menjual telur ayam gred C melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan.

Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, pemeriksaan pada Khamis mendapati premis terbabit menjual telur ayam gred C pada harga RM12 sepapan, lebih 60 sen dari transaksi yang berlaku pada Jun 2024.

Menurutnya, sebanyak 210 dokumen perniagaan termasuk invois belian, invois jualan, penghantaran pesanan serta dokumen-dokumen berkaitan disita untuk tujuan siasatan.

Penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis pembekal telur di sini selepas dikesan menjual telur ayam gred C melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan.
Penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis pembekal telur di sini selepas dikesan menjual telur ayam gred C melebihi harga borong maksimum yang ditetapkan.

"Satu kertas siasatan dibuka dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 iaitu menjual barang kawalan melebihi harga yang ditetapkan," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Jezlily berkata, KPDN memberi amaran keras terhadap individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.

"Mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah AKHAP 2011.

"Jika sabit kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak lebihi RM200,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, jika kesalahan melibatkan individu, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!