Guru tendang, pukul budak autisme direman 7 hari

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang guru yang disyaki menendang dan memukul budak lelaki autisme berusia enam tahun di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya dekat sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, reman lelaki berusia 32 tahun itu bermula Jumaat sehingga 25 Julai depan.

"Polis juga telah merekod keterangan ayah mangsa berusia 36 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan satu laporan diterima polis pada Rabu daripada bapa mangsa, membabitkan kejadian terbabit.

Siasatan awal dipercayai suspek yang juga guru di pusat jagaan terbabit telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar sehingga mangsa terjatuh daripada kerusi.

Susulan itu, guru terbabit ditahan di kediamannya di Ampang, Selangor pada Khamis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!