Budak 11 tahun dirogol bergilir-gilir

Empat remaja dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi permohonan reman pada Jumaat.
Empat remaja dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi permohonan reman pada Jumaat.
A
A
A

TELUK INTAN - [DIKEMAS KINI] Empat remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa, pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah dalam daerah Teluk Intan mendakwa suspek pertama dan kedua melakukan perbuatan tersebut secara bergilir-gilir di dalam sebuah kereta.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang ketika mangsa bersama suspek keluar bermandi-manda di kawasan air terjun.

"Sekitar jam 8.30 malam pada hari yang sama, mangsa telah dirogol oleh suspek ketiga ketika dia mengikuti lelaki itu pulang ke rumah.

"Kejadian sama berlaku kepada mangsa sekitar jam 12.30 tengah malam dilakukan suspek keempat di kawasan semak semasa mangsa dan lelaki terbabit keluar bersiar-siar," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ahmad Adnan berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa mengenali suspek pertama berusia 16 tahun melalui media sosial sebelum lelaki itu memperkenalkannya kepada suspek lain.

Katanya, semua suspek terlibat dengan dua daripadanya masih bersekolah merupakan rakan dan mengenali secara rapat antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Keempat-empat remaja ini ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah Teluk Intan pada Khamis dan hasil soal siasat awal, mereka mengaku terlibat dalam kes ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula 19 sehingga 21 Julai ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan.

"Kita mohon kepada semua ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama anak perempuan.

"Perlu tahu dengan siapa mereka keluar dan ke mana lokasi yang dituju, langkah ini bagi memastikan anak-anak tidak terkibat dengan gejala negatif yang merosakkan masa depan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!