Pekerja lombong maut tertimbus tanah runtuh

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pintu jengkaut di tapak kuari di Simpang Kanan, Batu Pahat, pada Khamis.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pintu jengkaut di tapak kuari di Simpang Kanan, Batu Pahat, pada Khamis.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang pekerja lombong maut tertimbus tanah runtuh semasa mengendalikan jengkaut di tapak kuari di Simpang Kanan di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Eswandi Sapri, 52, yang merupakan lelaki warga tempatan maut dalam kejadian pada jam 3.43 petang itu.

"Pihak polis menerima maklumat berkaitan kejadian daripada orang awam memaklumkan berlaku insiden tanah runtuh yang telah menimbus sebuah excavator dan turut menyebabkan mangsa yang merupakan pemandu excavator berkenaan telah tertimbus di sebuah kuari.

Seorang pekerja lombong maut tertimbus tanah runtuh semasa mengendalikan jengkaut.
Seorang pekerja lombong maut tertimbus tanah runtuh semasa mengendalikan jengkaut.

"Usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa melibatkan pihak polis, bomba, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan pekerja-pekerja syarikat kuari berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penguasa Bomba Kanan I Ridwan Gembor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.25 petang.

Susulan itu katanya, seramai 16 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti dikejarkan ke tempat kejadian.

Keadaan di tapak kuari di Simpang Kanan, Batu Pahat.
Keadaan di tapak kuari di Simpang Kanan, Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba mendapati mangsa tersepit di bahagian pintu dan dipercayai patah bahagian tengkuk. Bomba menggunakan peralatan khas memotong pintu jengkaut tersebut dan mengeluarkan mangsa.

"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir. Mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis dan operasi selesai pada jam 5.28 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!