Kepatuhan polis terhadap undang-undang perlu pada tahap tertinggi

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Anggota dan pegawai polis diingatkan agar meletakkan kepatuhan undang-undang di tahap maksimum.

Tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penguat kuasa juga harus lebih jujur dan bermoral tinggi apabila memilih bidang itu sebagai kerjaya.

"Tidak boleh ada kompromi bab itu, tetapi jika berlaku juga, biar proses (tindakan undang-undang) mengambil tempat," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu integriti melibatkan polis antaranya suspek pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan tiga polis ditahan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-AI di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM baru-baru ini.

Sementara itu, Saifuddin turut mengumumkan Majlis Raja-Raja telah memberi perkenan terhadap pindaan perlembagaan kewarganegaraan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ruji Ubi.

Menurutnya, dengan keputusan itu, proses seterusnya di peringkat Parlimen boleh bermula iaitu pada sesi Belanjawan 2025.

"Maklum balas daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga telah diperoleh," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!