Perkhidmatan perbankan, penerbangan seluruh dunia terjejas

Sistem tergendala akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) secara besar-besaran di seluruh dunia. Foto Agensi
Sistem tergendala akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) secara besar-besaran di seluruh dunia. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Kebanyakan institusi global termasuk perbankan, syarikat media dan penerbangan di seluruh dunia dilaporkan terjejas akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) secara besar-besaran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) pada Jumaat.

Beberapa syarikat penerbangan telah menghentikan jadual mereka di seluruh dunia dan terdapat banyak laporan kelewatan penerbangan.

Negeri Alaska, Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa perkhidmatan kecemasannya terjejas manakala beberapa pasar raya di Australia telah lumpuh dan syarikat media di beberapa negara menjadi kucar-kacir akibat gangguan tersebut.

Syarikat akhbar Sky News di United Kingdom (UK) terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka buat sementara waktu.

Bagaimanapun, punca gangguan tidak dipastikan, tetapi kebanyakan perkhidmatan terjejas telah menghubungkan sistem pengendalian Microsoft PC.

Kemas kini perkhidmatan Microsoft 365 rasmi yang disiarkan ke X pada awal hari ini telah menyatakan mereka sedang menyiasat isu yang memberi kesan kepada keupayaan pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365.

Bagaimanapun, jurucakap Microsoft memberitahu BBC pada hari Jumaat bahawa majoriti perkhidmatan telah dipulihkan beberapa jam lebih awal..

Jurucakap kementerian dalam negeri di Australia yang terjejas teruk berkata, gangguan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu di firma keselamatan siber.

Artikel Berkaitan:

Manakala pemerhati keselamatan siber negara itu berkata, tiada maklumat untuk merumuskan ia serangan berniat jahat. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!