Peluang Hakim Danish beraksi di GP Malaysia
PELUMBA muda meningkat naik Hakim Danish Ramli dijangka menjadi antara wakil termuda negara beraksi di pentas Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024 di Grand Prix (GP) Malaysia pada 1 hingga 3 November ini menerusi tiket 'wildcard'.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata, semuanya bergantung kepada kebenaran diberikan pihak penganjur memandangkan umur Hakim Danish yang belum mencecah usia 18 tahun ketika ini.
“Untuk beraksi menerusi tiket 'wildcard' di Moto3 saya rasa umur minimum pelumba adalah 18 tahun dan umur Hakim Danish baru 17 tahun.
"Jadi kita akan bincang lebih lanjut dengan pihak Dorna selaku pihak penganjur jika mereka boleh berikan pengecualian untuk had umur.
“Peluang itu memang ada, cuma sama ada dibenarkan atau tidak kerana bergantung dana dan sponsor yang kita akan perolehi untuk slot 'wildcard'.
“Kalau boleh kita hendak ada pelumba beraksi di MotoGP Malaysia sebab tahun lepas kita ada Damok (Syarifuddin Azman),” katanya selepas majlis pelancaran SIC Petronas Duathlon di Sepang pada Jumaat.
INFO
Hakim Danish ketika ini bersaing dalam perlumbaan kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 dan juga kejuaraan dunia GP bersama SIC Racing-MSI.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!