PRK Nenggiri: Calon muda bertepatan keperluan politik di Kelantan

Omar Mokhtar
Omar Mokhtar
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan meletakkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon muda bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan bertepatan dengan keperluan politik semasa di negeri itu.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Omar Mokhtar A Manap berkata, pihaknya menumpukan segala kekuatan dan usaha dalam memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan di kerusi DUN N.43 Nenggiri.

“Kami menyambut baik keputusan BN yang mengumumkan Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani sebagai calon.

“AMK akan memberikan seluruh sokongan sepanjang tempoh berkempen serta memastikan beliau mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat.

“Kami bertekad untuk membawa perubahan yang positif dan memastikan aspirasi rakyat di DUN Nenggiri dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Dalam pada itu, ujar Omar Mokhtar, Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK yang berlangsung pada Khamis juga sebulat suara bersetuju untuk melantik Ketua AMK Negeri Kelantan, Ezzat Hanuzi sebagai Pengarah Pilihan Raya AMK bagi PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos tahun ini.

Artikel Berkaitan:

“Dengan semangat dan komitmen yang tinggi, AMK yakin bahawa cabaran ini mampu dihadapi bersama-sama rakan komponen di dalam Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan di PRK ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!