'Pentas uji daya saing pemain'

Pasukan Hoki Dalam Air Negara Bawah 24 tahun pada majlis pembukaan Kejohanan Peringkat Umur Hoki Dalam Air Dunia CMAS 2024 di Arena Sukan pada Jumaat.
Pasukan Hoki Dalam Air Negara Bawah 24 tahun pada majlis pembukaan Kejohanan Peringkat Umur Hoki Dalam Air Dunia CMAS 2024 di Arena Sukan pada Jumaat.
A
A
A

KEJOHANAN Peringkat Umur Hoki Dalam Air Dunia CMAS 2024 yang bermula esok akan menjadi medan terbaik persediaan atlet negara ke Piala Asia Hoki Dalam Air 2024 di Singapura, bulan depan.

Ketua Jurulatih Hoki Dalam Air, Teah Jian Zhuan berkata, kejohanan itu akan menguji tahap permainan sebenar pemain kerana ada antara mereka baharu sahaja menyertai pasukan negara kira-kira setahun lalu.

"Pasukan kita masih baharu, jadi kita anggap kejohanan ini persediaan ke Singapura yang tawarkan ranking selain Sukan SEA 2027...kita harap dapat belajar sebanyak yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kejohanan berkenaan di Arena Sukan pada Jumaat.

Kejohanan Peringkat Umur Hoki Dalam Air Dunia CMAS 2024 menghimpunkan kira-kira 525 atlet membabitkan 11 negara termasuk Malaysia.

Kejohanan kali ini akan menampilkan beberapa negara besar antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Australia, New Zealand, Colombia, Turkiye dan Afrika Selatan.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 24 tahun, Wanita Bawah 24 tahun, Lelaki Bawah 19 tahun dan Wanita Bawah 19 tahun.

Kejohanan Peringkat Umur Hoki Dalam Air Dunia CMAS 2024 akan berlangsung di Arena Sukan di sini bermula esok hingga 27 Julai manakala Piala Asia Hoki Dalam Air 2024 akan berlansung pada 8 hingga 11 Ogos di Singapura.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!